10 Jenis Aiskrim Di Malaysia

10 Jenis-jenis Aiskrim yang terdapat di Malaysia



Sedar atau tidak, sebenarnya di Malaysia terdapat banyak jenis aiskrim yang boleh dinikmati oleh pengemar-pengemar aiskrim. Tapi yang diketahui umum adalah aiskrim yang dijual di dalam tupperware, boleh didapati di mana-mana pasaraya juga di kedai-kedai runcit seperti jenama Wall dan Magmum. Selain daripada itu terdapat lagi aiskrim lain yang boleh anda nikmati. Berikut adalah 10 jenis aiskrim yang boleh didapati di Malaysia


1-Aiskrim gulung

Aiskrim ini sangat menarik. Konsepnya seperti gabungan perbuatan aiskrim goyang (mesin penyejuk) dan adunan ala-ala Baskin Robin. Menggunakan plate yang disejukkan untuk menbeku bahan-bahan membuat aiskrim, diuli sehingga keras dan akhirnya digulung.



2-Aiskrim kelapa pandan



]Aiskrim ini dihidang di dalam buah kelapa. Aiskrim yang dibuat dan diproses sendiri secara manual, ditambah dengan air kelapa pandan bersama pulut, jagung dan biji selasih. Mempunyai rasa lemak dan aroma pembuka selera kelapa pandan.



 3-Aiskrim Malaysia

Aiskrim Malaysia lebih senang di buat dan berciri homemade. Anda hanya perlu bancuh bahan-bahan di dalam air, masukkan ke dalam plastik aiskrim dan letak bekukan di dalam peti ais. Mungkin generasi muda tidak mengenali aiskrim Malaysia tapi inovatif dari pengusaha aiskrim Malasia telah mempelbagaikan perisa aiskim Malaysia sesuai dengan cita rasa zaman kini namun masih ada lagi beberapa perisa yang evergreen iaitu aiskrim Malaysia dari asam boi merah dan dari bubur kacang. Sedap sangat.


4-Aiskrim goyang


Aiskrim goyang diambil semperna dari mesinnya yang perlu digoyang bagi menghasilkan aiskrim. Hanya memerlukan masa selama 10 minit untuk meghasilan 100 batang aiskrim dan anda boleh melakukannya sepanjang hari tanpa menggunakan elektrik.



5-Aiskrim goreng


Asas aiskrim goreng adalah roti ysng di dalamnya berisi aiskrim dan disejukkan terlebih dahulu sebelum digoreng sekejap di dalam api yang sangaa panas. Kini aiskrim goreng telah dikomesialkan dan boleh dibeli di pasara raya. Hanya kita perlu mengorengnya sahaja.



6-Aiskrim pasu


Tetiba saja aiskrim pasu mula mendapat perhatian masyarakat selepas viral di media sosial. Kelainan yang dibawa oleh pengusaha aiskrim pasu ialah menggunakan pasu bunga plastik sebagai bekas mengisi aiskrim dan ditambah dengan kreativiti dekorasinya yang menarik perhatian umum.



7-Aiskrim lesung


Selepas kisah aiskrim berkisar di seluruh Malaysia, timbul pula aiskrim lesung yang menjadi trending di media sosial. Tapi awas jangan menggunakan lesung batu di rumah pula, ketika  cuba nebghasikan aiskrim spesis ini. Takut nanti akan ada tambahan perrasa baru, pedas.


8-Aiskrim potong


Aiskrim potong kini bukan hanya mempunyai perasa kacang merah yang menjadi kesukaan ramai suatu ketika dulu. Tetapi mempunyai pelbagai perasa seperti jagung, durian dan coklat. Aroma bahan asas ini sangat harum dan mencucuk selera untuk menikmati aiskrim potong.



9-Aiskrim kepit roti


Memang sangat membahagiakan jika dapat makan aiskrim ketika cuaca panas. Aiskrim kepit roti adalah terdiri dari aiskrim (perasa ikut suka) dan roti (roti sandwich biasa atau roti john pun boleh). Letak aiskrim di atas roti sandwich dan lipat dua, maka terhasillah aiskrim kepit roti.


10-Aiskrim lembut


Aiskrim lembut dihasilkan dengan menggunakan mesin. Mesin ini akan menghasilkan aiskrim berstekstur sangat lembut dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit selepas dimasukkan bahan aiskrim ke dalam tangki mesin. Cepat, lembut dan enak.

Setengah-setengah aiskrim sudah ada dari zaman kita kecil lagi. Kebanyakkan aiskrim yang ada kini juga adalah inovasi engineering atau pengusaha itu sendiri. Jika anda diberi peluang menikmati aiskrim di dalam cuaca panas, aiskrim yang manakah yang menjadi pilihan anda?

Comments